Saturday, March 27, 2010

BIODATA

Mas Adeki ialah nama pena Mohd Sidek Bin Mohd Dollah. Dilahirkan pada 15 Ogos 1950 di Simpang Rengam, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sk. Simpang Rengam dan Sekolah Menengah SES Kluang Johor. Berkhidmat sebagai anggota Polis, Skuad 69 PDRM, Pasukan Polis Hutan, Briged Tengah, tahun 1969 hingga 1975. Beliau pernah bertugas di perbatasan Malaysia - Thailand dan Sabah Sarawak.

Beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Bahasa (MPB/LI) Kuala Lumpur. Seterusnya menjadi guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Pada tahun 1986 beliau memperolehi kelulusan Ijazah Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama dan Kesusasteraan Melayu dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Mohd Sidek Bin Mohd Dollah pernah menjadi anggota polis, guru, penyelia petang, penolong kanan kemudian menjawat jawatan pengetua sekolah. Di samping itu, beliau sering dijemput memberi ceramah motivasi yang bertemakan Kecemerlangan Pelajar, Keibubapaan dan Profesion Perguruan.

"Lautan Kasih Berpantai Sayang" - Mas Adeki memuatkan 37 koleksi gurindam belian yang kedua. Beliau sesungguhnya telah dianugerahi bakat dalam bidang penulisan puisi untuk merakamkan catatan dan pengalaman hidup merentasi kemanusiaan sejagat terutamanya dalam genre penulisan puisi gurindam. Gurindam-gurindam beliau mengandungi nasihat dan pengajaran melalui bait-bait kata yang indah untuk dihayati oleh pembaca.

INSAN CEMERLANG ADA WAWASAN
INSAN MALANG ADA WASWASAN

- Mas Adeki -

4 comments:

  1. Salam, cikgu menetap di mana ye sekarang

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu. Saya bekas pelajar cikgu. Cikgu ajar BM kat sek aminuddin baki..tahun 97....:)

    ReplyDelete
  3. oh ye..gurindam cikgu yg still saya ingat sampai skarang....'masa itu emas dan wang...walau sdkit jgn dibuang'...;)

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan Mas Adeki
    Terima kasih sudi meluangkn masa bersama kami dan membeli tauhu bakar kami. Klu rasa sedap dtg lgi.
    Walau sebnetar jumpa gurindam dicurahkn tdi sungguh lunak mendengarnya.

    ReplyDelete